18 SX: Petua orang dulu-dulu
Dulu-dulu biasa didengari orang tua orang tua berkata bahawa untuk menjaga sang suami sebenarnya amat mudah sekali iaitu:
Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya. Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya.
Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan mengongsikan minat suami. Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain.
Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya. Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya.
Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan mengongsikan minat suami. Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain.
Menjaga mulut bawah suami adalah paling
mahal antara 3 garis panduan asas membela suami. Suami yang tidak cukup
makan mulut bawahnya ibarat kucing liar yang tidak cukup makan yang akan
tercari-cari mangsa. Isteri yang cacat disebabkan tabiaat permakanan
tidak akan dapat memberi cukup makan mulut bawah suami dan ini
insyaAllah dapat diatasi dengan penjagaan seperti yang saya sebutkan di
atas. Di Malaysia ini memang ramai sekali suami berkeliaran di luar
rumah ibarat kucing lapar kerana tidak cukup makan di rumah.
Saya ingin membawa pembaca kembali
kepada masalah berkaitan Puan Masri yang membenci suaminya selepas
mendapat anak pertama. Puan Masri sangat gembira dengan layanan bilik
tidur dari suami semenjak kahwin namun selepas mendapat anak pertama,
layanan seperti dulu sudah menjadi kenangan sahaja. Cukup menyampah bila
diminta untuk bersama namun kerana itulah sahaja suaminya, Puan Masri
melayani suami hanya kerana terpaksa. Antara masalah utamanya ialah
cepat keluar air mani sedangkan isteri baru nak “warm up”. Menurut arwah
guru saya, masalah seperti ini boleh dipanggil sebagai sindrom ayam
jantan. Ayam jantan boleh berjimak banyak kali namun dalam setiap jimak
tersebut, ia akan diselesaikan dalam masa yang sangat pantas iaitu
sekadar beberapa saat sahaja. Isteri memang benci suami yang macam ayam
jantan ini.
Dari cerita yang telah saya kupas di
atas, adalah satu fakta bahawa hubungan suami isteri di bilik tidur masa
kini banyak yang menghadapi masalah. Masalah bilik tidur adalah satu
azab dari Allah sebagaimana dijelaskan dalam surah Asy Syura: 30 di
bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari
sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa
yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan
(dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Islam menyerukan umatnya agar
bermuhasabah apabila ditimpa masalah. Apakah dosa yang kerap dilakukan
oleh umat manusia sehingga Allah memberikan azab dalam hubungan bilik
tidur suami isteri?? Segala yang baik adalah milik Allah dan Allah akan
memberikan rahmat kebaikan ini kepada orang tertentu saja. Berkenaan
rahmat dan azab ini, sekali lagi saya bawakan dua ayat Al Quran berikut:
A-li Imraan: 132
" Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu
(wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas
melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang
berdosa.
Berkasih-kasihan antara suami dan isteri
adalah satu rahmat Tuhan. Berjimak dengan sepenuh nikmat kepada suami
dan isteri juga adalah satu rahmat dari Tuhan. Rahmat-rahmat ini
dimiliki Allah dan hanya akan diberikan kepada mereka yang taat kepada
Allah sesuai dengan A-li Imraan: 132 di atas. Jadi persoalan penting di
sini ialah apakah dosa manusia sehingga rahmat Allah yang begitu dicari
manusia tidak diberikan oleh Allah.
Sebelum saya menceritakan punca masalah ini, saya ingin membawa pembaca kepada surah Yunus 27
27- “Dan untuk orang-orang yang
melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah
kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan
kehinaan; ……..”
Orang yang suka mencuri harta orang
lain, kelak harta mereka juga akan dicuri oleh orang lain pula. Orang
yang suka berzina, anak dan isterinya juga suka berzina sebagai balasan
dari Allah. Orang yang suka berzina satu ketika kena aids atau penyakit
kelamin. Berbagai bagai lagi azab yang Allah berikan untuk membalas dosa
yang diberikan manusia. Berhutang duit zakat, Allah ambil duit dari
pelbagai cara lain seperti saman dan kecurian. Inilah yang dinamakan
sunnatullah atau kelaziman yang Allah berikan ke atas setiap dosa
manusia.
Berzina adalah satu dosa besar.
Bersubahat dengan zina, di sisi Allah adalah sama seperti pelaku zina.
Seorang yang gemar menonton bahan lucah sebenarnya adalah menggalakkan
orang berlakon berzina dan kerana adanya pasaran yang besar sedia
menanti, industri bahan lucah berkembang biak. Industri bahan lucah
tidak akan berkembang dan tidak akan ada pelakon yang berani berlakon
berzina seandainya tidak ada yang sanggup membayar untuk menontonnya.
Selain menggalakkan orang berzina dengan
menonton perlakuan zina mereka, peminat bahan lucah juga suka menonton
aurat wanita yang bukan isterinya. Ini juga adalah satu dosa kesalahan
terhadap penontonnya. Semua dosa-dosa ini merangsang nafsu seks
penontonnya. Secara mudah saya boleh kategorikan dosa ini sebagai dosa
berkaitan seks. Sebagai analogi, orang yang melakukan dosa berkaitan
judi yang membazirkan banyak wang mereka, sebagai azab, Allah memberikan
mereka kesempitan hidup yang kerap putus duit sehingga perlu meminjam
dari along. Bila berjudi, rahmat kecukupan wang sudah ditarik balik oleh
Allah dan menjadilah orang ini sebagai orang yang semakin bermasalah.
Sebenarnya, dari pemerhatian sekian
tahun ke atas pelbagai manusia, apabila seseorang melakukan dosa
berkaitan seks dengan menonton bahan pornografi, rahmat seks ke atas
manusia tersebut akan Allah tarik balik sebagaimana orang yang buat
maksiat berzina, satu ketika rahmat seks Allah ambil semula melalui
penyakit kelamin atau penyakit AIDS. Apabila rahmat seks dari Allah ini
ditarik semula oleh Allah, antara akibatnya ialah:
Apabila isteri berkehendak, suami tak berkehendak. Bila suami berkehendak isteri keletihan dan tidak berkehendak (miss match). Apabila bersama, isteri belum warm up, suami sudah selesai (penyakit ayam jantan). Isteri dah terlebih-lebih puas, suami belum sudah-sudah sehingga isteri naik menyampah. Gaya berjimak digemari suami tetapi dibenci isteri atau sebaliknya. Sakit pada alat kelamin atau sakit pinggang dan sakit lainnya sehingga mengelakkan keinginan nafsu isteri atau suami. Akibat menonton adegan liwat, suami
meliwat isteri pada duburnya dan ini menimbulkan dosa besar dan
pergaduhan suami isteri yang tidak berkesudahan dan boleh menyebabkan
perceraian seperti dialami beberapa selebriti.
Saya pernah diberitahu cerita seorang
guru wanita yang masih muda dan berkahwin bermasalah dengan anunya,
hanya dapat bersama suami sekali dalam tempuh dua bulan. Begitulah azab
Allah dan sememangnya guru wanita ini banyak sangat dosanya. Cara menangani masalah di atas adalah
tidak lain tidak bukan hanya dengan bertaubat nasuha dengan tidak lagi
melakukan dosa-dosa tersebut dan kaedah ini adalah sesuai sekali dengan
surah A-li Imraan: 132
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
Taubatlah dan bila teringin hendak
bersama isteri/suami, ambil wuduk dan solat hajat 2 rakaat mohon Allah
beri rahmatNya sewaktu anda berjimak. Mulailah jimak dengan bismillah
dan doa “Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan
dari anak-anak yang Engkau kurniakan”. Mulakanlah dengan merangsang
pasangan dan bukan dengan terus hendak memasukkan kemaluan semata-mata.
Bila seronok tu berzikir dan ucapkanlah alhamdulillah kerana apabila
kita bersyukur, insya-Allah Allah akan menambah rahmatnya.
Bagi isteri, perlu sekali belajar bahawa
suami perlu diberi makanan melalui mulut bawahnya secukup-cukupnya agar
tidak kelaparan bagai kucing liar. Bagi suami yang muda, menanti tempuh
seminggu tidak berjimak kerana isteri datang haid adalah satu tempuh
yang berat. Allah hanya melarang suami memasukkan anunya ke anu isteri
pada tempuh ini. Suami juga tidak boleh beronani kerana ia kelak membawa
dosa dan pelbagai masalah lain. Isteri perlu bijak memainkan peranannya
pada tempuh lampu merah ini. Apa yang perlu dilakukan oleh si isteri
ialah lakukanlah apa sahaja asalkan jangan masukkan ke anu isteri atau
lubang dubur. Eloknya balutlah kemas macam bercawat anu anda dan lepas
itu, lakukanlah apa-apa asalkan akhirnya air mani suami keluar. Boleh
dijilat, digosok dengan tangan, bergomol dan sebagainya. Ia adalah satu
ibadah.
Kalau isteri yang sedang pantang kerana
melahirkan anak, proses ini perlu dilakukan dengan berterusan dan apa
yang perlu pada masa ini ialah isteri jangan aktif sangat kerana mereka
baru cedera malahirkan anak. Lakukanlah apa yang mampu dan pokoknya
suami jangan beronani namun perbuatan onani ini apabila dilakukan oleh
isteri, ia adalah diharuskan dalam Islam. Ia adalah satu ibadah.
Sebagai penutup, ingatlah bahawa segala yang baik adalah milik Allah sebagaimana surah
An Nisaak: 79
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan)
yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang
menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah
mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai
seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi
(yang membuktikan kebenaran hakikat .
Carilah rahmat Allah dalam melayari
bahtera perkahwinan dengan taat mengerjakan perintah Allah dan menjauhi
laranganNya. Melakukan dosa berkaitan seks seperti menonton bahan lucah
dan beronani sememangnya menyeronokkan namun ia mengundang masalah yang
jauh lebih besar sehingga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri dan
meruntuhkan perkahwinan. Kalau dikira secara matematik untung ruginya,
jelas bahawa perbuatan menonton bahan lucah dan beronani sememangnya
merugikan, jauhilah.
Wallahhu a'lam
No comments:
Post a Comment